4 Proses Yang Anda Akan Lalui Bersama Penasihat Kewangan

Isi Kandungan

Dulu saya pernah tulis tentang Asset Allocation, juga menggunakan grafik dari Napkin Finance.

Ringkasnya, inilah proses yang klien lalui bila bekerja dengan financial planner. Nampak macam senang, tapi kalau nak buat sendiri, mungkin ada blindspot yang terlepas pandang. Mungkin juga tak berapa arif untuk faham jargon dalam dunia kewangan ini.

Jadi tugas saya sebagai pemudah cara dan fasilitator untuk pastikan proses financial planning tadi berjalan dengan teratur mengikut keutamaan klien.

Bagaimana proses ini berlaku?

 

1. Discovery Session

Inilah sesi di mana saya akan berkenalan dengan bakal klien, dan untuk saya faham apa concern kewangan yang mereka ada. Saya juga akan kongsikan macam mana saya akan bantu mereka melalui servis yang saya berikan.

 

2. Issue Letter of Engagement

Bila bakal klien dah setuju nak jadi klien, kita akan keluarkan surat yang akan establish the relationship di antara saya sebagai financial planner bersama klien. Dengan surat ini, saya tertakluk di bawah scope of engagement yang klien pilih.

 

3. Fact Finding

Sesi di mana klien akan kongsikan semua data peribadi dan kewangan dengan saya, untuk digunakan sebagai asas sebelum kami sediakan financial planning report untuk klien. Kita juga akan bincang tentang aspirasi kewangan yang klien ingin capai.

 

4. Report Presentation

Selepas report dah siap, saya akan jumpa semula klien untuk bentangkan keadaan kewangan mereka dan apa action item yang perlu dibuat. Biasanya selepas present report, saya akan beri masa pada klien dulu untuk hadam isi perut report tadi. It can be a bit overwhelming to some.

Dalam 3-4 meeting yang seterusnya saya akan bincang secara mendalam tentang setiap bahagian; perlindungan (takaful), pelaburan (investment) dan pengurusan harta (estate planning).

Bergantung kepada keutamaan klien, mungkin ada turutan yang berbeza. Dan kita akan berbincang dengan klien sekiranya ada apa-apa isu berbangkit in between those meetings.

Di akhirnya, kita akan review semula progress dan pencapaian sepanjang setahun engagement untuk lihat sama ada apa yang dirancang telah berjaya dicapai atau sebaliknya.

Setakat ini, saya sedang membantu 32 advisory clients sahaja di mana 21 daripadanya ialah pasangan suami isteri. Jadi jumlah klien saya secara individu ialah seramai 53 orang, alhamdulillah.

Sehingga hujung tahun ini, saya hanya menetapkan limit sehingga 40 advisory clients sahaja. Mungkin ada klien yang tidak perlu renew engagement, maka akan ada ruang untuk klien baru juga.

Jadi bermula September hingga November, saya masih lagi menerima klien baru (sehingga limit 40). Jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh book free discovery session di sini: konsultan.my/azila