Dalam media sosial ini, bersepah kita nampak orang bagi so called nasihat kewangan. Sampai orang ingat dah macam ‘penasihat kewangan’ pun ada.
Ada yang general, dan ada yang spesifik. General tu macam contoh, simpanlah 10% daripada gaji setiap bulan, spesifik tu pula contohnya, pastikan anda melabur dalam asset crypto sehingga cukup 100k (#janganjadipembaris)
Sebagai orang awam, macam mana nak nilai sama ada nasihat itu sesuai untuk kita atau tidak?
Dan macam mana nak nilai sama ada yang beri nasihat itu betul ataupun tidak?
1. Siapa yang beri nasihat itu?
Bukan nama mereka, atau status mereka yang penting. Tetapi semasa beri nasihat itu, mereka pakai topi apa? Jika mereka pakai topi penjual produk kewangan, tak salah pun, cuma kita kena faham mungkin nasihat itu tidak sesuai untuk semua orang.
2. Apa nasihat yang diberi?
Adakah nasihat itu memberikan satu ‘janji’ yang inilah nasihat terbaik, atau inilah produk terbaik berbanding yang lain? Kalau yang memberi nasihat itu memburukkan nasihat kewangan lain (sehingga terlihat biased), maka sila jaga-jaga.
3. Periksa credentials mereka yang beri nasihat kewangan itu.
Adakah mereka memang betul-betul berkelayakan?
Dan adakah mereka individu berlesen?
Tahukah anda sebenarnya untuk beri nasihat kewangan yang spesifik, anda perlu mempunyai lesen dari Securities Commission? Macam mana nak check pula?
Link untuk check licensed person: https://easy.seccom.com.my:8222/
Sepertimana nasihat professional di dalam bidang lain, sama ada kesihatan, guaman, diet, pemakanan dan sebagainya, setiapnya ada ahli yang arif dalam bidang masing-masing.
Selain daripada keperluan untuk ada kelayakan dari segi sijil profesional (dan kelayakan akademik lain), perlu juga ada lesen dari badan berautoriti yang berkenaan yang mengawal selia mereka yang terlibat.
Bagi perkara berkaitan dengan nasihat kewangan dan nasihat pelaburan, dapatkan nasihat yang customized mengikut keperluan dan situasi kewangan anda daripada Licensed Financial Planner.
Dalam Malaysia hanya ada kurang daripada 1,500 orang sahaja, dan itu pun bukan semua yang praktis secara holistik. Semua orang tidak berada dalam keadaan dan circumstances yang sama, maka walaupun general advice boleh membantu secara am, tetapi saranan kewangan yang spesifik memerlukan kepada cara yang lebih tersusun dan teliti, dan di situlah bidang tugas seorang Licensed Financial Planner.
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/