Dari Impian Ke Realiti: Cara Mudah Mencapai Matlamat Kewangan Keluarga Anda

Isi Kandungan

Terimalah buah tangan sempena hari lahir saya. Semoga dapat manfaat dan anda mula sedar & fokus dalam merangka matlamat kewangan diri / keluarga masing-masing.

Kalau dah berkeluarga, tiada istilah duit kau, duit kau. duit aku, duit aku. Sepatutnya jadi 1 pasukan. Kenapa tidak potong saja anak-anak jadi 2 bahagian kalau nak berkira sangat. Hoho.

Matlamat kewangan Ada 3 elemen yang perlu ada untuk bina matlamat kewangan sendiri.

  1. Perkara
  2. Nilai
  3. Masa atau tempoh.
  4. Halal atau tidak (tambahan)

Matlamat kewangan setiap orang pasti berbeza. Kita sendiri yang tentukan samada ia penting atau tidak bagi kita. Selagi mana tindakan yang kita ambil untuk memenuhi matlamat kewangan tersebut, siapalah orang lain yang nak mempersoalkan ia.

Contoh matlamat kewangan #1

  1. Perkara: Menunaikan haji
  2. Nilai: RM30,000
  3. Tempoh masa: 5 tahun

Kaedah #1 simpan tunai.

RM30,000 / 5 tahun /12 bulan = RM500 sebulan

*kalau boleh menyimpan RM500 sebulan, maka matlamat kewangan tercapai.

Kaedah #2 pelaburan.

= ROI 6% setahun = RM435 selama 5 tahun = RM30,374

*kalau boleh melabur secara konsisten RM435 setiap bulan, maka matlamat kewangan tercapai.

Contoh matlamat kewangan #2

  1. Perkara: Dana pendidikan anak
  2. Nilai: RM250,000
  3. Tempoh masa: 18 tahun

Kaedah #1 simpan tunai.

250,000 / 18 tahun /12 bulan = RM1158 sebulan

*kalau boleh menyimpan RM1158 sebulan, maka matlamat kewangan tercapai.

 

Kaedah #2 pelaburan.

= ROI 10% setahun = RM435 selama 18 tahun = RM250,733

*kalau boleh melabur secara konsisten RM435 setiap bulan, maka matlamat kewangan tercapai.

Kes #1

Tapi saya hanya mampu melabur RM150 sahaja setiap bulan, dah macam mana pula?

RM150 / bulan = kadar pulangan minima untuk capai RM250k dalam masa 18 tahun = 21% setahun

*kena cari pelaburan / perniagaan yang boleh bagi pulangan konsisten 21% setahun capai matlamat kewangan tersebut.

 

Kes #2

Saya ada modal RM35,000 duit bonus / harta pusaka dari ayah.

  • Modal asal = RM35k
  • Pelaburan bulanan = 0
  • Untuk capai RM250k dalam masa 18 tahun = 12%

*kena cari pelaburan / perniagaan yang boleh bagi pulangan konsisten 12% setahun capai matlamat kewangan tersebut.

Selepas dah habis mengira, barulah kita cari alat kewangan yang sesuai samada TH, ASB, unit amanah, saham, hartanah, bisnes dan sebagainya.

Kesimpulannya,

  1. Tentukan matlamat dahulu
  2. Buat pengiraan
  3. Pilih alat kewangan yang sesuai dengan risiko yang anda boleh terima

Jadi, kalau orang nak beli hartanah sampai 30 buah, perlukah anda ikut? Perlukah anda melabur dalam 20 saham syarikat? Perlukah anda gunakan alat-alat kewangan lain jika anda boleh disiplin menyimpan cara konvesional?

Di sinilah pentingnya tentukan matlamat kewangan terlebih dahulu. Share jika bermanfaat.