Asset Allocation (AA) secara ringkasnya ialah keputusan yang dibuat untuk tetapkan berapa jumlah pelaburan dalam satu-satu jenis aset pelaburan.
Contohnya, katakan seorang pelabur ada jumlah aset sebanyak RM100,000.
Penetapan dalam AA ialah pelabur tersebut untuk ada
- 50% di dalam ekuiti,
- 40% di dalam bon/sukuk, dan
- 10% di dalam bentuk tunai/cash.
Ini hanya sekadar contoh ya.
Mengapa AA ini penting untuk seseorang pelabur?
Ada beberapa sebab utama mengapa AA ialah di antara perkara yang penting bila bercakap tentang pelaburan.
Kita tengok satu persatu.
1. Fahami Karakter Aset Pelaburan
Setiap jenis aset pelaburan mempunyai ciri dan karakter yang berbeza.
Risiko yang berkaitan dengan setiap jenis aset pelaburan juga berbeza.
Ekuiti
Potensi untuk mendapat keuntungan modal (capital gain) dan sebahagiannya mungkin ada potensi untuk memberikan pulangan dalam bentuk dividen.
Risikonya lebih tinggi, di mana pelabur kemungkinan mengalami kerugian melalui turun naik harga di pasaran antara 20% ke 50% (atau lebih).
Bon/Sukuk
Potensi untuk mendapat pulangan dalam bentuk kupon yang tetap setiap tahun. Terdapat potensi untuk mendapatkan keuntungan modal, tetapi tidak setinggi yang boleh didapati melalui ekuiti.
Risiko lebih rendah berbanding ekuiti selagi mana pengeluar bon/sukuk tersebut tidak hilang kemampuan untuk membayar kupon dan prinsipal (default in payments).
Aset Alternatif
Emas, perak dan lain-lain. Tiada pulangan tahunan dalam bentuk dividen, tetapi ada potensi untuk harga meningkat di dalam tempoh jangka masa panjang (lebih 10 tahun).
Tidak begitu liquid dan bergantung kepada spread semasa yang ditawarkan penjual/platform.
Hartanah – Sekiranya hartanah tersebut disewakan, potensi pendapatan melalui sewa yang diterima. Walau bagaimanapun, kos penjagaan dan kos-kos lain seperti cukai dan sebagainya perlu diambil kira.
Risiko tinggi jika penyewa gagal buat bayaran atau jika kos dan bayaran bulanan kepada bank lebih tinggi dari nilai sewaan. Aset pelaburan yang paling tidak liquid (perlu masa yang lama untuk selesai proses jual beli).
2. Overconcentration Asset Allocation
Bagi setiap pelabur, selepas memahami karakter setiap aset pelaburan, adalah lebih jelas untuk bercakap tentang overconcentration.
Di dalam pelaburan, overconcentration ialah satu perkara yang perlu dielakkan.
Ibarat kata orang,
“Don’t put your eggs all in one basket.”
Katakan, anda mempunyai RM100,000. Dan anda rasa nak gunakan semua duit tersebut untuk melabur dalam emas. Adakah ini keputusan yang tepat?
Overconcentration akan menghalang anda dari capai pulangan yang optimum bagi dana pelaburan anda. Dan anda akan berhadapan risiko yang tinggi sekiranya aset pelaburan pilihan anda tidak mencapai sasaran keuntungan anda.
Jadi, apa yang perlu dibuat?
Perlu diingat, aset pelaburan dengan risiko yang rendah seperti fixed deposits memberikan keuntungan yang rendah. Semakin tinggi risiko bagi sesuatu aset pelaburan, maka semakin besar potensi untuk mencapai keuntungan yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mahu capai keuntungan yang tinggi, anda sebenarnya tidak digalakkan untuk meletakkan 100% pelaburan di dalam aset ekuiti.
Sekali lagi, overconcentration.
Bagaimana nak menetapkan AA untuk pelabur individu?
Ada 2 perkara yang perlu dinilai sebelum membuat penetapan AA tersebut.
- Ability to take risk
- Willingness to take risk Ability
Ringkasnya, bukan semua orang boleh melabur.
Sekiranya anda masih ada hutang kad kredit, tiada simpanan kecemasan paling kurang 6 bulan, maka saya boleh katakan anda tiada ability untuk melabur. Tapi sekiranya anda memang ada lebihan wang setiap bulan untuk disalurkan dalam mana-mana aset pelaburan, kita akan lihat berapa umur anda dan berapa tahun lagi yang anda ada sebelum anda masuk umur persaraan.
Kenapa?
Kerana individu yang menghampiri umur persaraan, semakin kurang ability to take risk, terutama sekali dalam aset ekuiti sebab semakin anda menghampiri umur persaraan, anda mempunyai masa yang sedikit untuk menghadapi turun naik pasaran ekuiti.
Jadi, aset ekuiti tidak lagi boleh menjadi aset utama dalam portfolio pelaburan anda dan jumlahnya perlu dikurangkan.
Willingness – Sesetengah orang, dia hanya boleh tolerate aset yang tidak begitu volatile. Maksudnya, dia tak boleh tengok turun naik harga pasaran. Bila nampak paper loss 5% pun, hati dia dah tak tenang, tak boleh nak tidur malam. Ha, itu secara ringkasnya nak tunjuk orang macam ni kurang willingness untuk ambil risiko.
Kesimpulan Komposisi AA yang sesuai untuk setiap individu adalah berbeza, bergantung kepada faktor yang disebutkan di atas diantaranya. Di akhirnya, kita mahu dana pelaburan yang fully diversified as opposed to overconcentration.
Tulisan ini hanya untuk membuat kupasan ringkas sahaja dan tidak bermaksud untuk memberikan cadangan komposisi bagi mana-mana individu.
Sebaiknya, jika pengetahuan anda terhad, dan anda mahu mendapatkan bantuan, sila berhubung dengan mana-mana perancang kewangan berlesen yang boleh memberikan anda nasihat yang sesuai dengan situasi semasa anda.
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/
- Noorul Azilahttps://konsultan.my/author/noorul-azila/