Diversification In Investment : What It Truly Means?

Isi Kandungan

As promised, this is my write up on the above topic for your reading pleasure. My hope is, it will benefit those who wants to truly understand this basic principle in investment, and with this knowledge you will roughly know what to do.

But if you’re not sure how to invest and you feel it’s better to engage with a professional in helping you make those decisions, feel free to book a complimentary 1 hour session with me via the link on my profile.

The rest of this piece will be written in Malay so that it reaches out to more people, insya-Allah.

Let’s go!

 

1. Diversify in Investment ini apa dia?

Kalau bahasa mudah dia, kita nak kata macam ni je. Bila kita nak melabur, kita kena melabur dalam benda yang berbeza. Maksudnya, kalau katakan kita ada duit RM100k yang nak dilaburkan, kita pecahkan duit itu kepada beberapa bahagian tertentu, dan laburkan di tempat yang berbeza.

Ini mudah je kan?

 

2. Kenapa kena diversify?

Okay ini saya akan terangkan dengan lebih dalam. Mula-mula kena faham dahulu, maksud bila kita diversify tadi. Adakah dengan letak duit yang ada dalam TH, ASB, AHB, EPF itu dah dikira diversify?

Salah ya.

Sebab apa salah?

Bila kita nak diversify, kita kena diversify dalam aset yang berbeza, bukan platform saja yang berbeza. Ini yang orang selalu salah faham.

Apa jenis aset yang ada sebenarnya?

Bahagian ini saya dah terangkan dalam tulisan terdahulu, tajuk Asset Allocation.

Konsep dia bila nak diversify, kena diversify dalam jenis aset yang berbeza, di mana setiap aset yang berbeza itu datang sekali dengan pakej risiko yang berbeza.

Balik semula kepada benda paling asas.

Kenapa anda nak melabur sebenarnya?

Hampir pasti sebab semua orang nak dapat untung kan? Tetapi ada ke pelaburan yang hanya boleh beri untung tanpa ada risiko? Hampir tiada, melainkan kita sendiri tidak nampak risiko itu depan mata.

Kalau di Malaysia ni, masyarakat Melayu paling suka dengan platform seperti TH, ASB dan AHB.

Sebab apa?

Sebab tiap-tiap tahun hanya perlu fikir tentang berapa dividen yang mereka akan dapat. Tetapi adakah bermaksud melabur di platform ini semua datang tanpa risiko?

Tidak sama sekali.

Risiko dalam pelaburan di TH, ASB dan AHB masih ada. Cuma risiko itu tidak dipindahkan kepada pelabur di dalam statement mereka. Tetapi di dalam laporan kewangan setiap institusi tersebut, ada saja catatan rugi yang direkodkan. Cuma saja sebab konsep pelaburan individu di dalam TH, ASB dan AHB ini adalah seperti Fixed Income, maka semua risiko kerugian tadi hanya tercatat di dalam rekod kewangan institusi yang berkenaan.

Jadi nampak tak?

Sebenarnya, semua pelaburan tadi kalau dari segi jenis aset, ia akan termasuk ke dalam kategori Fixed Income / Bonds. Di mana pelabur akan mendapat pulangan dalam bentuk dividen setiap tahun, tanpa gagal, hanya saja yang berubah adalah jumlah dividen yang diisytiharkan setiap tahun.

Boleh terima?

Sekarang baru nak jawab kenapa perlu diversify.

Setiap pelaburan dalam aset yang berbeza datang bersamanya risiko pelaburan yang berbeza. Macam yang kita selalu dengar orang sebut, “High risk, high return“. Lebih kurang macam tu konsepnya.

Bila melabur dalam aset seperti Fixed Income, pulangan yang kita boleh jangka mungkin tidak akan lebih tinggi daripada 6%, contohnya. Itu pun habis tinggi dah tu.

Tetapi ada juga aset lain yang boleh beri pulangan setinggi 10%, 20% dan mungkin lebih. Aset yang termasuk dalam kategori ini ialah yang kita panggil Equity, atau dalam BM kita sebut saham. Kalau saya nak ulas panjang, boleh sangat. Tapi takut nanti 3 jam saya tulis pun tak habis, orang nak baca pun tak sanggup.

Satu yang saya nak highlight ialah, dalam aset yang ada potensi untuk beri untung lebih dari kadar 10%, datang bersamanya risiko di mana anda mungkin berpotensi untuk ‘rugi’.

Dan potensi kerugian ini pula ada banyak faktor. Mungkin kerana faktor pasaran secara kasar, mungkin faktor sektor yang terasing, atau mungkin juga faktor syarikat tersebut sendiri.